DUA ekor manati dari River Safari, Kai dan Junior, akan menjadi manati pertama tiba di Guadeloupe dalam beberapa minggu lagi bagi program pemulihan populasi manati yang pertama di dunia.
Diterajui oleh Taman Negara Guadeloupe, projek pemuliharaan bersejarah itu bertujuan memperkenalkan semula manati Antillean di Guadeloupe melalui program pembiakan dengan sekumpulan 15 ekor manati daripada pelbagai institusi zoologi.