Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua mangsa gempa S'pura yang hilang di Gunung Kinabalu ditemui

Jun 10, 2015 | 11:07 AM



DUA warga Singapura, murid Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan guru Mohammad Ghazi Mohamed, yang hilang di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi melanda Sabah Jumaat lalu, telah ditemui.


Waris kededua mangsa dari Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) itu telah pun diberitahu tentang penemuan tersebut, kata Kementerian Pendidikan (MOE) sebentar tadi.


Mayat mereka akan dibawa pulang selepas selesainya ujian-ujian forensik dijalankan.


"Ini dijangka mengambil masa sedikit. Kami akan terus memberi sokongan kepada keluarga-keluarga mangsa dalam masa sukar ini," kata MOE.


MOE juga ingin mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Bersenjata Malaysia dan pihak-pihak berkuasa lain di atas sokongan dan bantuan, selain ramai lagi individu yang telah menyumbang kepada usaha mencari dan menyelamat para murid dan guru Singapura itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >