Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua maut dalam kebakaran di kondo Marina Bay Suites

Jan 14, 2014 | 12:53 PM



DUA orang maut dalam satu kebakaran dalam sebuah unit di tingkat 65 kondominium Marina Bay Suites lewat malam semalam.


Polis sejauh ini belum dapat mengesahkan jantina, umur dan bangsa kedua-dua yang terkorban.


Sehingga 9.30 pagi ini, bangunan itu masih berada di bawah sekatan polis dengan para pegawainya kelihatan masih menjalankan siasatan.


Dua wanita, seorang dalam lingkungan 40an tahun dan seorang lagi dalam lingkungan awal 20an tahun dilihat dalam keadaan sedih di tempat kejadian.


Polis dalam kenyataannya berkata, mereka menerima panggilan pada 10.11 malam tadi dari seseorang yang memohon bantuan di sebuah bangunan di Central Boulevard.


Sebaik tiba, mereka mengesahkan satu kebakaran telah berlaku.


Dua orang telah ditemui rentung oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam lif perkhidmatan di tingkat 65 dan disahkan meninggal dunia pada 2 pagi tadi.


Seorang jurucakap berkata, kebakaran itu melibatkan barangan ubah elok, seperti cat, di kawasan lobi lif.


Seorang kakitangan SCDF telah dibawa menaiki ambulan dalam keadaan sedar pada malam tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >