Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pegawai polis kanan terima anugerah daripada Yang Di-Pertuan Agong XV Malaysia Sultan Muhammad V

Dec 10, 2017 | 05:00 PM



PESURUHJAYA polis dan mantan pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negara (ISD) Singapura diberikan anugerah khidmat cemerlang oleh kerajaan Malaysia semalam.



Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck dan Encik Loh Ngai Seng, yang berkhidmat sebagai pengarah ISD dari 1 September 2010 hingga 31 Mac 2015 menerima anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis daripada Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Istana Negara di Kuala Lumpur, Malaysia.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata anugerah itu biasanya diberikan kepada pegawai polis kanan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam pasukan polis dan kepada negara.



Encik Hoong diberikan anugerah itu demi mengiktiraf komitmen kuat yang ditunjukkan untuk mempertahankan keselamatan serantau dan sokongan padu yang diberikan kepada Polis DiRaya Malaysia (PDRM), kata MHA, dalam kenyataannya.



“Sejak pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Polis pada 6 Januari 2015, Pesuruhjaya Hoong telah memupuk secara aktif hubungan lebih kukuh dan rapat antara Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan PDRM.

“Kededua SPF dan PDRM mempuyai hubungan yang hebat dan mempunyai kerjasama rapat dalam urusan menyiasat, berkongsi maklumat dan latihan.

“Kerjasama ini telah memberi manfaat dari segi operasi kepada kededua pasukan, dalam menentang pengganasan dan jenayah yang merentas sempadan,” kata MHA.



Encik Loh, yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Pengangkutan) pula diberikan anugerah ini bagi mengiktiraf sumbangannya dalam memupuk hubungan rapat dan mesra antara ISD dengan Jabatan Khas Malaysia (MSB) di bawah naungan PDRM, kata MHA dalam kenyataannya.



“Di bawah kepimpinan Encik Loh... ISD dan MSB menjalankan kerjasama penting dari segi operasi dan risikan,” kata MHA.



Anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis, kali terakhir diberikan kepada mantan Pesuruhjaya Polis Encik Ng Joo Hee pada 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >