KETANGKASAN dua pegawai polis, yang ketika itu tidak bertugas, berjaya menghasilkan penangkapan seorang lelaki yang telah mencabul kehormatan seorang wanita.
Wanita itu, yang telah dicabuli lelaki tersebut seminggu sebelum itu, bersemuka semula dengan lelaki sama di dalam sebuah bas pada 12 Mac lalu.