DUA pekerja pembersihan warga Bangladesh mendapat pujian atas kejujuran mereka selepas berjaya menemui dan memulangkan barang kemas bernilai sekitar $45,000 kepada pemiliknya.
Mereka sedang bertugas pada Sabtu lalu apabila dimaklumkan oleh Majlis Bandaran Tanjong Pagar pada sekitar 6 petang tentang kehilangan barang kemas milik seorang penduduk yang telah dibuang tanpa sengaja.