Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pelantikan baru di Mahkamah Agung

May 13, 2015 | 04:58 PM



DUA pegawai kanan kehakiman semalam dilantik menjadi Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Agung.


Pesuruhjaya Kehakiman, Encik George Wei Sze Shun, dilantik menjadi Hakim, manakala Hakim Daerah Kanan di Mahkamah Negara, Cik Foo Tuat Yien, dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman.


Kededuanya akan mengangkat sumpah di satu upacara di Istana pada 26 Mei kelak, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.


Dengan pelantikan itu, Mahkamah Agung akan mempunyai seramai 14 Hakim, termasuk Ketua Hakim Negara, 10 Pesuruhjaya Kehakiman, lima Hakim Kanan dan 12 Hakim Antarabangsa.


Encik Wei sebelum ini merupakan seorang Profesor di Universiti Singapura, yang kini dikenali sebagai Universiti Nasional Singapura (NUS), dan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).


Beliau memperoleh Diploma dalam Undang-undang dari Sekolah Pengajian Oriental dan Africa, Universiti London, dan kemudian Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Kolej London.


Cik Foo pula menyertai Perkhidmatan Undang-Undang pada tahun 1976, memegang pelbagai jawatan dalam Pejabat Pendaftaran Hak Milik dan Ikatan Tanah serta Mahkamah Negara, yang sebelum ini Mahkamah Rendah.


Beliau menamatkan pengajian di NUS dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1976, dan selepas itu memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Michigan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >