Dua pemandu langgar lari ditangkap

DUA lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam dua kes langgar lari berasingan.

Menurut polis, seorang daripada mereka ditahan semalam kerana disyaki memandu sebuah kereta Audi yang berputar di luar kawalan di Simei Avenue Selasa lalu hingga melanggar tujuh kenderaan lain dan menyebabkan kesesakan satu setengah jam sepanjang jalan tiga lorong.

Pemandu berusia 30 tahun itu dilihat melarikan diri dari tempat kejadian selepas nahas pada 9.15 pagi dekat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu.

Saksi berkata pemandu tersebut memandu laju dan bertembung dengan kenderaan lain semasa memotong.

Sementara itu, lelaki kedua, 29 tahun, ditahan kelmarin kerana dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal, sebuah kereta dan sebuah van di Jurong Town Hall Road pada 31 Julai.

Menurut polis, kenderaan pelbagai guna (MPV) pemandu itu dipasang nombor plat palsu, dan dia ditangkap bagi kesalahan trafik serta dadah dalam operasi bersama Biro Narkotik Pusat (CNB).

Siasatan masih dijalankan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.