Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua remaja dituduh bakar flat dalam kes gangguan tailong dibawa ke tempat kejadian

May 09, 2016 | 02:17 PM



DUA remaja yang dituduh melakukan gangguan tailong dengan membakar sebuah flat di Lengkok Bahru dibawa balik ke tempat kejadian pada pagi Isnin (9 Mei).



Mereka didakwa membakar sebuah flat sewa dua bilik di tingkat 10 Blok 59, pada kira-kira 2 pagi 1 Mei.



Penghuni flat itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tan, 50 tahun, percaya mereka mencurah minyak tanah di depan pintunya sebelum membakarnya.



Pada Isnin, kesan terbakar masih boleh dilihat di atas lantai, tetapi pintu itu telah dicat semula.



Nama "Andy" tertulis pada tembok di luar flat itu empat kali, dan masih kelihatan samar-samar walaupun sudah dicat dengan warna putih.



Anak Encik Tan, seorang ejen rumah, yang berumur 14 bulan dihantar ke hospital kerana terhidu asap.



Dua belia itu dipercayai menyasarkan bekas penghuni flat tersebut, kata Encik Tan, yang baru pindah ke situ dua minggu lalu bersama isteri dan anaknya.



Sea Jiasheng, 16 tahun, dan Chong Sheng Wei, 18 tahun, yang ditahan pada 4 Mei, tiba di tempat kejadian dalam van kelabu tidak bertanda.



Dengan kepala mereka tunduk, pasangan itu dibawa dari van tersebut dengan pergelangan tangan dan buku lali mereka disekat.



Polis menyoal mereka kira-kira dua minit di pintu depan flat itu, sebelum membawa mereka pergi.



Dua remaja itu dipercayai terlibat dalam dua lagi kes gangguan tailong serupa di Hougang Street 51 dan Sembawang Drive.



Tertuduh didakwa di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang pada 6 Mei.



Minggu lepas, tiga suspek ditangkap kerana satu lagi kes gangguan tailong melibatkan kebakaran yang dilaporkan di Blok 554, Bedok North Street 3 pada 2 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >