Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua remaja pecah masuk restoran diberkas

Polis juga sedang mencari seorang remaja bantu kes pelesapan jenayah
Nov 05, 2015 | 04:54 PM



POLIS telah memberkas dua remaja berusia 19 dan 21 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk di sebuah restoran di Sentosa.


Dalam kenyataannya, polis menyatakan bahawa pihaknya menerima satu laporan pada 9.55 pagi, 2 November lalu, tentang berlakunya kejadian itu.


Hasil siasatan susulan yang dilakukan, anggota polis dari Divisyen Clementi memberkas kedua-duanya di kawasan Oxley Road dan Pasir Panjang Road, kira-kira 11.30 pagi dua hari kemudian.


Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok atas kesalahan pecah masuk.


Jika disabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 14 tahun.


Sementara itu, polis inginkan maklumat berhubung identiti seorang lelaki yang boleh membantu dalam siasatan bagi satu kes pelesapan jenayah melibatkan harta benda yang berlaku pada 6 Oktober lalu di Blok 607 Yishun Street 61.


Lelaki ini dipercayai dalam usia 20an tahun, kurus dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T kelabu dan seluar jeans biru.


Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau mengemukakannya secara dalam talian di www.spf.gov.sg/CrimeStopper.


Semua maklumat yang dikongsi akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >