Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua remaja serang empat mangsa hanya kerana senyum, tenung

Dec 18, 2015 | 06:07 PM



DUA remaja menyerang sekumpulan tiga orang dengan pisau dan menetak seorang lagi mangsa pada hari yang sama, dalam serangan yang disifatkan pendakwa raya sebagai "tindakan ganas tidak masuk akal yang benar-benar tanpa provokasi".


Muhammad Taufiq Mohamad Raffi, 18 tahun, mengakui mencederakan dengan parah Encik Chen Cheng Jun, 21 tahun, dengan mengelar lengan kiri beliau berulang kali dengan pisau dapur, sementara tertuduh bersama, Sivaraj Manickam, 19 tahun, memukul muka dan kepala warga Malaysia itu dengan pisau belantan dalam sarung di Hougang Avenue 8 pada 14 September lalu.


Hampir 15 jam kemudian, pasangan itu menetak Muhammad Nasrun Isa, 16 tahun, di kepala dan badannya di Yio Chu Kang Road.


Mahkamah diberitahu pada Khamis (17 Dis) bahawa mereka tidak puas hati dengan air muka Nasrun dan cara beliau berjalan sedangkan remaja itu setakat tersenyum kepada mereka.


Sivaraj, yang menganggur dan mengaku bersalah di sebuah mahkamah lain, melakukan perbuatan itu sementara menunggu hukuman bagi kesalahan menggalak perjudian di Geylang.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Krystle Chiang berkata selepas tengah malam 14 September, Taufiq dan Sivaraj pergi ke McDonald di Hougang Avenue 8 dan melihat sekumpulan pemuda duduk di luar dan merokok.


Mereka merasa kumpulan itu merenung mereka, walaupun tiada apa-apa berlaku, dan merancang menyerang mereka.


Selepas mendapatkan pisau di rumah Sivaraj, mereka pergi kembali ke tempat itu dan ternampak Encik Chen bersama dua rakannya yang mereka andaikan sebahagian daripada kumpulan pertama itu.


Sivaraja memukul Encik Chen di muka dan kepala dengan pisau belantan manakala Taufiq, seorang tukang cuci kereta, menetaknya mangsa berulang kali.


Sivaraj juga menyerang dua rakan Encik Chen.


DPP Chiang berkata apabila Taufiq bertemu Sivaraj untuk makan tengah hari pada hari yang sama, dia mencadangkan mereka melakukan rompakan untuk mendapatkan "wang tunai cepat "'.


Mereka membeli dua pisau tembikai dan semasa mencari seseorang untuk dirompak di Lorong Napiri, dekat Yio Chu Kang Road, mereka ternampak Nasrun yang tersenyum kepada mereka.


Pada mulanya mereka membiarkan Nasrun pergi, tetapi kemudian mereka menendangnya serta menetak kepala dan badanya.


Nasrun dapat melarikan diri.


DPP Chiang berkata Taufiq dikenakan probesen pada 2010 dan hukuman pemulihan akhlak paling sesuai baginya.


Hakim Daerah Mathew Joseph berkata mahkamah mendengar tiga kes berasingan mengenai keganasan remaja melibatkan pisau dalam tempoh tiga minggu lalu.


Dalam satu kes baru-baru ini, mangsa akhirnya terlantar dan mati otak selepas diserang empat lelaki.


"Pada saya seolah-olah mahkamah perlu memandang serius kes seperti itu... Mungkin mesej belum sampai bahawa mahkamah tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas dalam kes-kes ini," katanya.


Beliau menangguhkan hukuman sementara menunggu laporan pemulihan akhlak ke atas Taufiq pada 7 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >