LANGKAH khidmat kereta sewa privet Uber, UberX, dan GrabCar menurunkan tambangnya baru-baru ini bertujuan membantu penumpang menjimatkan wang dan membolehkan pemandunya meraih pendapatan yang lebih stabil, kata dua syarikat itu.
Baru-baru ini, UberX menurunkan tambangnya sebanyak 15 peratus - tambang asas dikurangkan daripada $3.50 kepada $3, sementara tambang bagi setiap kilometer dikurangkan daripada 50 sen kepada 45 sen.