Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua suspek bunuh dibawa ke tempat kejadian

Jun 19, 2014 | 04:37 PM



DUA warga Pakistan yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan rakan senegara telah dibawa ke Syed Alwi Road - tempat berlaku kejadian dan di mana sebuah beg pakaian berisi mayat tanpa kaki ditemui.


Lewat pagi tadi, anggota polis mengiringi kedua-dua lelaki ke hostel di Rowell Road, tempat mereka menginap.


Rasheed Muhammad, 43 tahun, tiba bersama polis di hostel tersebut dalam sebuah van Honda putih pada 10.15 pagi.


Warga Pakistan yang berjanggut dan berpakaian kemeja Polo berwarna merah mendiamkan diri sementara lima pegawai membawanya ke bilik di atas.


Bilik berkenaan dikongsi bersama suspek kedua, Ramzan Rizwan, 25 tahun.


Rasheed dibawa ke Syed Alwi Road pada 10.55 pagi.


Tertuduh meluangkan masa lima minit di tempat kejadian yang menempatkan beg pakaian, yang digunakan oleh suspek untuk menyorokkan mayat tidak berkaki itu, Rabu lalu.


Dia juga menggunakan kakinya untuk menandakan satu sudut di laluan jalan kaki yang mempunyai kesan darah.


Van putih itu berhenti selama lima minit di Veerasamy Road, berhadapan sebuah kedai perkakasan.


Suspek dipercayai telah membeli gergaji tangan dari kedai itu, Rasheed sementara itu dilihat sedang duduk di van.


Ramzan pula dibawa ke hostel pada 11.40 pagi.


Dia menunjukkan satu sudut berdekatan tempat masuk hostel itu, yang juga ditunjukkan oleh Rasheed sebelum itu, dan dibawa ke atas.


Ramzan juga berpakaian kemeja Polo berwarna merah dan berseluar pendek berwarna biru. Sepanjang masa dia hanya berdiam diri.


Pada 12.15 tengahari, Ramzan Rizwan dibawa ke perkuburan Islam di Jalan Kubor.


Di sana, dia dilihat menuding ke tempat berdekatan pintu masuk, di mana penyiasat meletakkan tanda dan mengambil gambar.


Ramzan dibawa pergi oleh anggota polis pada 12.20 tengahari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >