Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua suspek diberkas kerana curi wang $500,000

Jan 06, 2016 | 06:59 PM



POLIS telah menangkap dua lelaki berusia 23 dan 35 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes pecah masuk dan mencuri pada waktu malam di sebuah kedai Pusat Borong Pasir Panjang.


Dalam kejadian itu, kededua suspek telah memecahkan peti besi kedai tersebut dan membawa lari wang tunai sekitar setengah juta dolar.


Polis menerima aduan dari pemilik kedai itu mengenai kes tersebut sekitar 7 pagi semalam.


Siasatan awal mendapati dua suspek itu memasuki premis dengan membuka paksa lubang angin di bumbung kedai berkenaan.


Para pegawai Divisyen Clementi kemudian mengenalpasti dua suspek itu dan menangkap mereka pada hari yang sama kejadian di sebuah hotel di Bayfront Avenue sekitar 10.30 malam.


Wang tunai sekitar $433,000 dan beberapa barangan mewah yang dipercayai dibeli dengan menggunakan wang curi itu telah ditemui dan dirampas sebagai bukti kes.


Kededua suspek dijangka didakwa di Mahkamah esok atas kesalahan pecah masuk dan mencuri pada waktu malam dengan niat yang sama.


Jika sabit kesalahan, mereka menghadapi hukuman penjara sehingga 14 tahun.


Komander Divisyen Clementi, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Gerald Lim berkata kes tersebut berjaya diselesaikan dengan bantuan awam dan kemahiran siasatan para pegawai polisnya.


"Kes ini memaparkan pentingnya kerjasama antara polis dengan masyarakat dalam menangani jenayah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >