Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua suspek kes culik dihadap ke mahkamah

Jan 10, 2014 | 03:29 PM



DUA lelaki yang didakwa menculik dan menahan, Cik Ng Lye Poh, 79 tahun, sebagai tebusan, telah dituduh di mahkamah di bawah Akta Penculikan, tadi.


Lee Sze Yong, 41 tahun, dituduh menculik Cik Ng semalam antara 10.30 pagi dan 1.02 tengah hari di laluan Hougang Avenue 2, dengan niat menahannya sebagai tebusan.


Rakan sejenayahnya, Heng Cheng Boon, 50 tahun, dikatakan membantu Lee menahan mangsa dalam sebuah kenderaan antara 8.30 malam hingga tengah malam.


Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa raya agar kedua-dua warga Singapura ini ditahan polis bagi siasatan lanjut.


Kes mereka akan didengar lagi pada 17 Januari ini.


Kedua-dua tertuduh menghadapi hukuman mati atau dipenjara seumur hidup jika didapati salah.


Lee, yang lebih muda antara kedua-dua tersebut, mungkin juga disebat.


Setelah menerima wang tebusan sebanyak $2 juta yang dibayar anak mangsa, Encik Lim Hock Chee, Cik Ng telah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan, sebelum tengah malam semalam.


Mangsa telah diculik pada siangnya selepas ke pasar dan dimasukkan ke dalam kereta, dengan mata tertutup dan diikat, ke sebuah tempat yang tidak diketahui.


Suspek telah dijejaki polis kira-kira 1 tengah malam, sejam selepas Encik Lim meletakkan wang tebusan di bawah sebuah pokok di Sembawang Park.


Keseluruhan wang itu ditemui semula oleh polis di tempat ia diletakkan selepas Cik Ng dibebaskan.


Heng dikatakan bertugas dalam mempromosikan kad kredit dan Lee pula melakukan rencaman kerja.


Mereka dipercayai tidak punya kaitan antara satu sama lain ataupun dengan keluarga mangsa.


Sejauh ini, hanya terdapat tiga kes penculikan beserta wang tebusan yang dilaporkan di Singapura sejak 13 tahun lalu, kesemua telah dihuraikan pihak polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >