Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua tokoh korporat lahir hasrat jadi presiden

Jul 17, 2017 | 05:30 AM



DUA tokoh korporat - pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican dan pengerusi syarikat minyak dan gas, Encik Farid Khan Kaim Khan - telah mengumumkan secara rasmi hasrat mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden bagi calon Melayu yang dijangka diadakan September ini.



Encik Salleh, 67 tahun, merupakan orang Melayu pertama yang mengambil borang permohonan bagi bertanding dalam pilihan raya itu bulan lalu.



Syarikatnya merupakan firma milik Melayu/Islam pertama yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX).



Namun, nilai ekuiti pemegang saham syarikatnya - antara $254.3 juta dengan $263.25 juta dalam tiga tahun kewangan terakhir - tidak memenuhi kriteria kelayakan automatik yang ditetapkan Perlembagaan.



Namun, beliau terus berharap akan diluluskan sebagai calon.



Sementara itu, Encik Farid, 62 tahun, pula adalah orang kedua melahirkan hasrat mahu bertanding dalam Pilihan Raya Presiden bagi calon Melayu sejak semakan perlembagaan November lalu.



Beliau juga yakin permohonannya akan diluluskan meskipun berketurunan Pakistan kerana menurutnya, beliau menganggap dirinya sebagai orang Melayu.



Syarikatnya, Bourbon Offshore Asia Pacific, disenarai di bursa saham serta mengendalikan lebih 500 kapal pada 2016 dan menggajikan sekitar 10,000 pekerja di 45 negara.




"Dunia hari ini adalah tentang pilihan dan persaingan. Ia merupakan satu realiti dalam hampir setiap aspek kehidupan kita, sama ada dalam perniagaan atau politik. Pilihan raya yang penting seperti Pilihan Raya Presiden yang tidak ada pertandingan tidak baik untuk (negara) demokrasi yang semakin matang seperti Singapura. Saya mengalu-alukan pertandingan. Masih awal lagi untuk bercakap tentang kebaikan dan keburukannya. Di peringkat ini, saya hanya boleh berkata: Biar pengundi yang menentukan."
- Encik Salleh Marican.



"Saya menyambut hasrat Cik Halimah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang."
- Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >