Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua wanita dapat anugerah zamil sains berprestij

May 11, 2016 | 08:25 AM



DUA wanita kini tergolong dalam kalangan saintis elit di Singapura selepas diberi anugerah sains nasional berprestij.



Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi A*Star, Profesor Jackie Ying, dan profesor sains biologi Ding Jeak Ling dari Universiti Nasional Singapura (NUS) diberi anugerah zamil Akademi Sains Nasional Singapura (Snas) dalam satu majlis pada Selasa (10 Mei).



Ini kali pertama wanita diberi anugerah zamil itu, yang mengiktiraf individu cemerlang dalam bidang sains di Singapura.



Mereka antara tujuh saintis terpilih bagi anugerah itu tahun ini.



Profesor Ying, seorang jurutera kimia, telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk dinamakan sebagai antara "100 Jurutera Era Moden" oleh Institut Jurutera Kimia America pada 2008.



Profesor Ding, yang bidang penyelidikannya ialah dalam imuniti semula jadi dan strategi pengawasan patogen (agen yang menyebabkan penyakit), telah menerbitkan banyak kertas penyelidikan dalam jurnal antarabangsa dan memenangi beberapa anugerah bagi kerja-kerja beliau.



Presiden Snas, Profesor Andrew Wee, berkata mereka dikenali di peringkat global dalam bidang masing-masing.



"Kedua-dua wanita telah banyak menyumbang kepada kemajuan sains di Singapura melalui penyelidikan mereka, sebagai pemimpin sains dan sebagai model peranan bagi generasi anak muda dan wanita yang berminat dalam kerjaya dalam bidang sains," katanya.



Zamil baru Snas itu, yang menerima anugerah tersebut daripada pemenang Hadiah Nobel Sydney Brenner di Rumah Persatuan Kent Ridge di NUS, juga termasuk nama-nama terkemuka seperti Presiden Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Bertil Andersson, seorang ahli biokimia tumbuhan terkenal, dan Presiden NUS, Profesor Tan Chorh Chuan, pakar perubatan ginjal.



Profesor Ying, 50 tahun, tidak hadir di majlis penyampaian anugerah tersebut kerana berada di Arizona, Amerika Syarikat, bagi sebuah persidangan.



Semasa majlis itu, Dr Brenner, 89 tahun, yang memenangi Hadiah Nobel bagi perubatan pada 2002, juga diberi zamail kehormat Snas atas sumbangan beliau kepada pembangunan sains hayat di Singapura.



Saintis Afrika Selatan itu membantu menubuhkan institut penyelidikan bidang sains bioperubatan pertama di Singapura, Institut Biologi Molekul dan Sel, dan membantu membentuk suasana penyelidikan di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >