Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua wanita dipenjara kerana serang pemandu teksi

Nov 12, 2015 | 03:14 PM



Dua wanita yang mencederakan seorang pemandu teksi dipenjara enam minggu setiap seorang pada Khamis (12 Nov).


Pembantu pembantu Li Li, 40 tahun, mengaku menumbuk Encik Shah Kamariza Raja Abdul Razak di muka manakala jurusolek Fan Xiling, 34 tahun, mengaku menendang paha pemandu teksi berumur 36 tahun itu di Toa Payoh North pada 14 Mac lalu.


Mahkamah diberitahu bahawa Encik Shah Kamariza mengambil warga dan Penduduk Tetap Singapura itu di Peace Centre pada kira-kira 1 pagi. Mereka minta dihantar ke Blok 204 Toa Payoh North dan kemudian ke Fernvale di Sengkang.


Setelah tiba Blok 204, Li turun untuk mengambil beberapa barang daripada kawannya.


Sementara menunggu, Fan berkata dia mahu merokok dan menurunkan tingkap teksi lalu menyalakan rokok.


Encik Shah Kamariza memberitahunya beliau tidak membenarkan sesiapa merokok di dalam teksinya, dan jika dia mahu, dia harus turun dan membayar tambang teksi sebanyak $15.


Fan kemudian turun tanpa membayar tambang. Encik Shah Kamariza mengejar, menariknya dan meminta dia membayar tambang teksi.


Apabila Li kembali, dia menyertai pertikaian itu.


Sedang Encik Shah Kamariza menelefon polis, Fan menendang paha beliau sementara Li menumbuknya di muka dan badan beberapa kali.


Mereka juga menarik baju beliau hingga koyak.


Kejadian itu dirakam oleh seorang pemandu berusia 31 tahun menggunakan telefon bimbitnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >