Dua warga M'sia hadapi tuduhan bunuh

DUA warga Malaysia dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki sewarga di tempat meletak kereta di Pearl's Centre di Chinatown.

Sunder Rangasamy, 27 tahun, dan Thiagu Muniandy, 23 tahun, didakwa membunuh Encik S. Krisnan Value, 47 tahun, antara 12.37 tengah malam dan 1.13 pagi pada Ahad lalu. Mereka dipercayai telah melakukan pembunuhan itu dengan dua lelaki lain yang tidak dikenali.

Mayat mendiang Krisnan ditemui di tingkat 11 bangunan itu di Eu Tong Sen Street.

Pihak pendakwa memohon kedua-dua tertuduh ditahan di lokap Balai Polis Central.

Hakim Daerah, Encik Eddy Tham membenarkan permohonan pihak polis agar pasangan tertuduh itu direman bagi siasatan lanjut dan bagi menjejaki rakan-rakan mereka.

Kedua-dua tertuduh akan kembali ke mahkamah pada Selasa depan.

Jika didapati bersalah, mereka menghadapi hukuman mati.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.