Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga S’pura maut, enam cedera dalam nahas dekat Pagoh

Apr 22, 2018 | 05:46 PM



DUA terkorban manakala enam yang lain cedera apabila tiga motosikal berkonvoi terlibat dalam satu kemalangan dekat Pagoh, Johor, pada Sabtu.



Allahyarham Rosli Rahmat, 50 tahun, terkorban selepas motosikal yang ditunggangnya secara berkonvoi berlanggar dengan sebuah motosikal plat seberang Tambak semasa mereka dalam perjalanan ke Melaka, pada tengah hari.



Isterinya, Cik Mahiran Safari, 53 tahun, yang membonceng motosikal berkuasa 1,200 cc itu cedera ringan.



Kemalangan yang melibatkan dua motosikal lain yang menyertai konvoi itu turut mengorbankan seorang pembonceng, Allahyarhamha Flora Shahnur Karni, 39 tahun, yang juga sepupu Cik Mahiran.



Suami Allahyarhamha yang hanya dikenali sebagai Encik Rasit, 40-an tahun yang menunggang motosikal itu mengalami kecederaan pada kakinya.



Empat lain yang tercedera merupakan penunggang dan pembonceng dua moto sikal berkuasa tinggi lain yang turut serta dalam konvoi tersebut. Mereka merupakan rakan-rakan kepada Allahyarham.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >