Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dubai antara 10 pusat undi luar negara

Sep 03, 2015 | 10:49 AM



WARGA Singapura di luar negara dapat mengundi bagi Pilihan Raya Umum 2015 di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan, umum Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan media pada 3 September.


Pejabat Konsulat Singapura di Dubai menjadi pusat terbaru dalam senarai tersebut, selepas ia ditetapkan sebagai tempat mengundi di luar negara tahun ini.


Pusat pengundian luar negara lain di London, Tokyo, Beijing, Washington, Hongkong, Shanghai, San Francisco, New York dan Canberra.


Semua pengundi di luar negara yang layak mengundi pada tempat mengundi di luar negara akan menerima surat suara daripada ELD yang dihantar ke alamat luar negara mereka.


Pengundi luar negara boleh juga mengakses eServices ELD di www.eld.gov.sg/online.html dengan SingPass mereka untuk mengetahui butirannya.


Maklumat lanjut mengenai pengundian di luar negara boleh didapati di laman ELD, www.eld.gov.sg/voters_overseas.html.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >