DAHULU, beliau giat menyumbang tenaga dengan membimbing kanak-kanak daripada keluarga memerlukan di kelas tuisyen hujung minggu Yayasan Mendaki.
Kini, Cik Rahayu Buang memikul peranan lebih berat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan bantu diri itu dan bertanggungjawab memimpin badan itu dalam menjayakan impian masyarakat.