KERJAYA yang mantap dan kedudukan tinggi di syarikat tempatnya bertugas tidak menghindari Timbalan Superintenden Polis (DSP) Mohammed Fairusyiddin Che Oom, 38 tahun, mempertimbangkan kemungkinan mengejar kerjaya impiannya.
Ketika berusia 32 tahun, beliau membuat pertukaran kerjaya agar dapat berkhidmat dalam Pasukan Polis Singapura (SPF) di bawah unit Skuadron Peronda Pantai walaupun tidak mudah membuat keputusan itu.