MEMANG sukar membayangkan pelajar yang tercicir di menengah tiga kerana hilang minat belajar boleh menggenggam pingat Anugerah Lee Kuan Yew.
Namun, itulah yang dicapai Encik Nurazhar Maarof lebih 10 tahun selepas beliau membuat keputusan meninggalkan bangku sekolah kerana lebih suka berfoya-foya daripada menimba ilmu.