Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dunia perlukan kepimpinan global teguh dalam harungi krisis: Vivian

Konflik dan persaingan antara negara jejas keyakinan terhadap keberkesanan kepimpinan global dalam menangani isu
Sep 23, 2023 | 02:35 PM



Dengan pelbagai krisis yang melanda dunia – termasuk yang berpunca dari perbuatan manusia dan bencana alam – kepimpinan global yang teguh diperlukan dalam melakar huraian masalah tersebut.

Namun konflik dan persaingan antara negara menimbulkan “kebimbangan yang memuncak” terhadap kepimpinan global yang tidak dapat bersatu dalam menangani isu tersebut secara berkesan, menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Sabtu.

Semasa bertemu media Singapura dalam satu temu ramah melalui Zoom di akhir kunjungannya ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga), Dr Balakrishnan berkata suasana perhimpunan tersebut agak “suram” berlatarbelakangkan masalah-masalah yang dihadapi dunia itu.

Meskipun akur beliau perlu realistik dalam mempertimbangkan isu tersebut, Dr Balakrishnan melahirkan rasa optimistik serta harapan bahawa di bawah “persekitaran, kepimpinan serta pengaruh yang sesuai, PBB tetap berupaya membuat komitmen bersepadu untuk melakar huraian bagi masalah yang menjejas dunia.

“Dunia menghadapi pelbagai krisis dalam satu masa yang sama, dan ‘awan gelap’ di atas kita ini semakin jelas kini.

“Namun apabila tiba masanya, dengan kumpulan serta penjajaran kuasa yang betul, kita mampu mewujudkan huraian,” kata Dr Balakrishnan.

Cerminan keupayaan tersebut dapat dilihat melalui konsensus yang dicapai dalam penerimaan Perjanjian bagi Kepelbagaian Biologi Marin Kawasan Melangkaui Bidang Kuasa Negara (BBNJ) semasa perhimpunan itu, yang bertujuan melindungi ekosistem lautan dan mengukuhkan kerjasama pelbagai hala, kata Dr Balakrishnan.

Warga Singapura, Cik Rena Lee, memainkan peranan sebagai Presiden sidang antara pemerintah yang melakarkan perjanjian tersebut pada Jun 2023 yang kini ditandatangani 193 negara anggota PBB selepas lebih dua tahun dibincangkan.

“Ini merupakan undian keyakinan, serta (memaparkan) kerjasama pelbagai hala, serta menyerlahkan fakta bahawa di bawah persekitaran, kepimpinan, pengaruh yang sesuai, dunia masih mampu bersatu dan membuat komitmen terhadap mewujudkan huraian terhadap masalah dunia,” kata Dr Balakrishnan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri beberapa mesyuarat di bawah Unga, yang melibatkan lebih 150 pemimpin dunia yang berkumpul di New York, dengan isu perbincangan utamanya termasuk krisis bekalan makanan di seluruh dunia, lonjakan harga bahan makanan, pemanasan sejagat serta konflik antara Ukraine dengan Russia.

Tema sesi kali ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Sejagat: Mempercepat Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.


Ia memberi fokus pada mendapatkan semula momentum dan mempercepat tindakan ke arah pembangunan mampan.

Mengulas lanjut mengenai usaha dunia dalam meleraikan cabaran dihadapi, Dr Balakrishnan menekankan peranan dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China serta pentingnya kedua-dua negara itu membina “kepercayaan strategik” meskipun di tengah persaingan mereka.


“Kita perlukan mereka membincangkan cara terbaik meletakkan langkah berjaga-jaga yang boleh mengelakkan kedua-dua pihak daripada melakukan sesuatu yang melampau.


“Saya yakin, China dan Amerika Syarikat tidak ingin berperang, justeru penting untuk mereka adakan langkah berjaga-jaga supaya situasi sekarang tidak bertambah teruk dengan tidak sengaja,” katanya.


Dalam pada itu, Dr Balakrishnan turut menyentuh tentang peluang serta risiko teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) terhadap dunia.


Menurut beliau, tempoh dua hingga lima tahun akan datang kritikal dalam menilai sama ada dunia menuju ke arah penggunaan teknologi baru itu secara lebih berbahaya atau ke arah lebih produktif dan kolaboratif.


Ini memandangkan teknologi AI kini semakin pesat berkembang, termasuk dalam mewujudkan sistem senjata berautonomi.


Justeru, peraturan, piawaian serta norma global yang dibentuk melalui kerjasama pelbagai hala penting untuk diwujudkan dalam mentadbir teknologi tersebut.


“Sama ada dunia semakin menghala ke arah penggunaan teknologi baru yang lebih berbahaya atau ke arah penggunaan lebih produktif, selamat dan kolaboratif, jawapannya akan kita peroleh dengan jelas dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang,” ujar Dr Balakrishnan.


Ditanya antara keutamaannya dari segi dasar luar negara Singapura selepas menghadiri perhimpunan itu, Dr Balakrishnan berkata penting untuk mengingatkan warga Singapura bahawa mereka perlu sedar akan keadaan dunia.

“Kita perlu faham kesan (keadaan dunia) terhadap ekonomi kita, kedudukan kita serta risiko dan juga peluang yang tersedia.

“Pemahaman akan trend serta kuasa yang menjejas masa depan kita amat penting.

“Pada masa yang sama, kita perlukan warga Singapura untuk tidak rasa berputus asa, tetapi untuk sedar bahawa negara kecil juga memiliki agensi dan autonomi, kita juga mempunyai pilihan sendiri,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >