Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta pelajar maktab rendah dibimbing tangani radikalisasi di kalangan remaja

Sep 29, 2023 | 07:12 PM



Menjelang 2024, duta pelajar di semua maktab rendah akan menjalani bengkel menentang radikalisasi untuk membantu mereka mengenal pasti ancaman keganasan dalam kalangan belia.

Bengkel itu, yang dikendali dengan bantuan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), adalah sebahagian daripada usaha melindungi golongan muda daripada risiko radikalisasi dalam talian yang kian berkembang, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Jumaat.

Menurut laporan The Straits Times, bengkel itu telah dirintis di maktab rendah pada 2022 dan sedang dilaksanakan pada 2023.


Bercakap di persidangan Penggerak Perkhidmatan Awam SGSecure di The Treasury, Encik Chan, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, berkata terdapat rancangan merintis bengkel itu di peringkat sekolah menengah atasan pada 2024.

Bengkel tersebut akan mendidik para pelajar dan pendidik untuk mengenal pasti tanda-tanda radikalisasi diri, seperti seseorang yang berkongsi pandangan ekstremis dengan rakan dan saudara mara, atau membuat kenyataan yang menggalak niat buruk terhadap kaum atau agama lain. Mereka juga akan belajar cara memberi tindak balas jika berdepan dengan individu radikal, contohnya merujuk kepada orang dewasa yang dipercayai, seperti guru, untuk mendapatkan bantuan.

Encik Chan berkata individu yang meradikalkan diri sendiri di sini semakin muda, dengan 11 daripada 37 warga Singapura yang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2015 berusia di bawah 21 tahun.

“Kumpulan pelampau semakin mahir menggunakan media digital untuk mengindoktrinasi dan merekrut orang... Lima (daripada 11 belia) telah merancang untuk melakukan serangan di Singapura, dan tahanan termuda berusia 15 tahun. Ancaman (radikalisasi diri sendiri) kepada Singapura kekal tinggi dan kita tidak boleh leka,” ujar beliau.

Antara Disember 2022 dengan Januari 2023, dua remaja warga Singapura berusia 15 dan 16 tahun telah ditahan oleh ISD disebabkan aktiviti berkaitan keganasan. Kedua-dua mereka mendapat inspirasi daripada propaganda ISIS.

Remaja berusia 15 tahun itu telah merancang untuk melakukan serangan pisau dan memenggal kepala orang bukan Islam di tempat pelancongan popular di sini, dan menjadi pengebom berani mati.

Remaja berusia 16 tahun itu pula menyertai banyak pelayan, atau server, bertemakan ISIS di wadah permainan dalam talian Roblox, di mana dia menembak dan membunuh ‘musuh’ ISIS.


Dalam ucapannya, Encik Chan berkata perkhidmatan awam, sebagai majikan terbesar Singapura, perlu memimpin melalui teladan dalam usaha negara memerangi keganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >