MEREKA tidak perlu bersesak-sesak dengan penumpang bas atau MRT untuk menghantar anak ke sekolah atau ke pejabat.
Walaupun tidak menggunakan jalan raya utama dan hanya berkongsi jalan dengan laluan orang ramai, Cik Namirah Mohamad Najib, suaminya Encik Maulid Mohammad, serta sepupu-sepupu dan teman-temannya lebih gemar menggunakan skuter elektrik atau e-skuter untuk menuju ke destinasi.