AGENSI Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) sedang menyiasat satu pos media sosial yang mendakwa sebuah pusat jagaan kanak-kanak tidak menjaga kanak-kanak dengan baik.
Pos itu, yang asalnya dalam bahasa Mandarin, berkata pusat di River Valley itu memberi buah busuk kepada kanak-kanak dalam jagaannya dan menyuruh kanak-kanak tidur di atas lantai.