Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edisi baru buku masakan isteri Wee Kim Wee dilancar

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



EDISI terbaru buku memasak serta tanda penghormatan bagi isteri mendiang mantan presiden Singapura Dr Wee Kim Wee telah dilancarkan secara rasmi semalam oleh anaknya, Cik Wee Eng Hwa.



Bertajuk Cooking for the President: Reflections & Recipes of Mrs Wee Kim Wee, ia merupakan koleksi masakan Peranakan yang disajikan kepada mendiang Dr Wee yang telah berkhidmat sebagai presiden Singapura dari 1985 hingga 1993.



Orang ramai juga boleh pelajari cara menyediakan masakan Nonya itu dengan bahan alternatif yang tersenarai dalam buku itu.



Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), Cik Wee, 80 tahun, yang telah menanggung kos pencetakan edisi terkini buku itu, berkata: "(Buku) ini sebuah kompilasi pengalaman kulinari merangkumi empat generasi masakan Nonya, yang mana keluarga saya amat berbesar hati dapat mengongsinya sebagai warisan kepada warga Singapura.



"Selain resipi-resipinya yang sangat dicintai itu, ia juga satu penghomatan bagi kedua ibu bapa saya, dua individu luar biasa yang layak menerima penghormatan besar."



Buku itu merupakan edisi ketiganya selepas edisi pertamanya dicetak oleh Cik Wee pada 2010.



Ia mempunyai satu bab baru yang mencatatkan bahan alternatif bagi pembaca yang tidak berupaya mendapatkan bahan asalnya untuk mengikut resipi yang disenaraikan dalam buku itu.



Ia menyenaraikan sebanyak 227 resipi serta beberapa variasinya, kata Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Kesemua resipi berkenaan adalah cara mendiang Cik Wee Kim Wee - yang belajar memasak daripada neneknya pada usia 10 tahun - menyediakan hidangan Peranakan bagi suaminya, mendiang Dr Wee, yang meninggal dunia pada 2005. Mereka telah berkahwin selama 69 tahun.



Sebanyak 3,000 salinan buku itu tersedia dan ia boleh didapati di kedai The SMU Shop pada harga $118.



Dapatan daripada jualan buku itu akan disalurkan ke Dana Warisan Wee Kim Wee yang akan diguna untuk menyediakan biasiswa bagi pelajar bekeperluan dan program Pusat Wee Kim Wee, dengan matlamat menggalak kefahaman lebih mendalam tentang kesan kepelbagaian budaya terhadap sekitaran perniagaan.



Ia juga akan diguna bagi melestarikan Bilik Wee Kim Wee yang mempamerkan artifak peribadi mendiang presiden itu dan akan dibuka kepada orang ramai mulai 2023 di Bangunan Pentadbiran SMU di Bras Basah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >