EDISI Januari majalah dwibahasa khas bagi kanak-kanak prasekolah, Cilik Cerdik, telah diterbitkan.
Majalah 16 muka surat yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu kali ini bertema Kembali ke Sekolah dan membawa kanak-kanak ke alam persekolahan dengan pelbagai aktiviti berkaitan bilik darjah dan persiapan ke sekolah.