Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ejen pengurusan tuntut bayaran $3.5j daripada WP

Sep 01, 2015 | 10:36 AM



Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, mengesahkan semalam majlis bandaran parti itu telah menerima tuntutan undang-undang sebanyak $3.5 juta daripada bekas syarikat ejen pengurusannya, asal, tetapi menegaskan itu tidak akan menjejas keuntungannya.


Beliau berkata jumlah yang dituntut ialah bagi bayaran berkaitan projek yang dikendalikan ejen pengurusan itu, dan dikaitkan dengan perbelanjaan dana terikat (sinking fund) majlis bandaran tersebut.


Beliau, bagaimanapun, enggan memberi butiran lanjut atas alasan perjanjian kerahsiaan.


Akhbar The New Paper melaporkan semalam syarikat itu, FM Solutions and Services (FMSS), menghantar surat tuntutan kepada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) bagi mengatakan majlis bandaran itu berhutang lebih $3.5 juta bagi perkhidmatan yang disediakan antara April dan Julai tahun lalu.


Surat itu bertarikh 20 Julai, enam hari selepas kontrak FMSS dan AHPETC berakhir pada 14 Julai.


Selepas menerima surat itu, AHPETC melakukan pemeriksaan sendiri dan menahan pembayaran kerana ia mempunyai "beberapa soalan mengenai tuntutan itu", ujar Cik Lim kepada akhbar The Straits Times.


Majlis bandaran itu juga dilaporkan cuba sebelum ini untuk mendapatkan balik $250,000 daripada FMSS, jumlah itu kemudian dinaikkan kepada $450,000.


Semalam, Cik Lim mengecilkan perkara tersebut dengan menyatakan ia tidak akan menjejas keuntungan AHPETC.


Cik Lim juga berkata majlis bandar itu telah membayar sebahagian besar daripada jumlah $3.5 juta dan jumlah yang dipertikai "benar-benar tidak akan menjejas keuntungan dari segi lebihan dan defisit akaun".


Berita mengenai pertikaian itu terdedah dua hari selepas Kementerian Pembangunan Negara (MND) mengeluarkan angka bagi menunjukkan FMSS mengaut "keuntungan berlebihan" daripada AHPETC, satu-satunya pelanggan syarikat tersebut.


Dua pihak itu akan menjalani proses pengantaraan bulan depan bagi menghuraikan pertikaian berhubung tuntutan tersebut.


Cik Lim berkata kes itu tidak akan dibawa ke mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >