HAB MASYARAKAT DAN GAYA HIDUP: Fasa pertama Hab Tampines Kita atau Our Tampines Hub (OTH) yang dibuka 27 November lalu menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk Pusat Perkhidmatan Awam yang menempatkan pelbagai agensi pemerintah di bawah satu bumbung. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
WARUNG WAK DINDANG: Gerai yang menjual pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi sambal goreng dan nasi ayam penyet ini merupakan antara gerai di pusat penjaja OTH. Pemilik gerai itu, Encik Johari Endang, berharap perniagaan akan bertambah rancak setelah lebih banyak kedai dibuka. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
TEROKA TEMPAT BARU: Nur Faiqah (kiri) dan rakannya, Nur Faheerah, ke OTH untuk melihat-lihat tempat baru itu sambil mencari kerja sambilan di sana selepas tamat peperiksaan GCE 'N' mereka. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
KONSEP TERBUKA, MESRA MASYARAKAT: Pengunjung di ruang untuk menonton drama di OTH yang baru dibuka. Tempat ini sesuai dikunjungi orang ramai setelah penat membeli-belah atau sekadar ingin bersantai. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
SERBA-SERBI ADA: Pengunjung boleh makan, bersenam, membeli-belah, mengunjungi perpustakaan, selain berbelanja di pasar raya yang dibuka 24 jam di hab baru ini. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
SERBA-SERBI ada.
Begitulah yang boleh dikatakan tentang hab masyarakat dan gaya hidup baru di Tampines.