Ekonomi Singapura tumbuh 1.4%, elak kemelesetan teknikal

EKONOMI Singapura berkembang 1.4 peratus pada suku ketiga, melebihi anggaran ahli ekonomi dan mengelakkan kemelesetan teknikal dengan tipis, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (14 Okt).

Ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.2 peratus bagi suku Jul-Sep, di tengah-tengah kelembapan ketara pertumbuhan di China, keadaan berjerebu, dan kegiatan pasaran saham bergelora.

Bagi perbandingan suku ke suku, ia tumbuh 0.1 peratus, mengelakkan kemelesetan teknikal - iaitu kemerosotan ekonomi dua suku berturut-turut - yang diramalkan secara meluas oleh penganalisis.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.