Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi Singapura tumbuh 2% pada 2015, paling perlahan sejak 2009

Feb 24, 2016 | 12:54 PM



PROSPEK ekonomi Singapura telah berkurangan sejak awal tahun ini di tengah-tengah kejatuhan mendadak harga minyak dan ketidaktentuan pasaran kewangan global, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) pada Rabu (24 Februari).


Namun, ia mengulangi unjuran awal pertumbuhan antara 1 dan 3 peratus bagi tahun ini.


MTI berkata ekonomi global harus pulih beransur-ansur tahun ini, tetapi perkilangan, yang membentuk satu perlima ekonomi Singapura, dijangka kekal lemah kerana permintaan eksport masih tertekan.


Ini disebabkan oleh kelembapan di China, serta syarikat di Amerika Syarikat dan China semakin mencari sumber dalam negara daripada mengimportnya dari Asia.


MTI mengumumkan ramalan ini bersama pengumuman data yang menunjukkan ekonomi Singapura berkembang sederhana 2 peratus pada 2015, kadar pertumbuhan paling lemah sejak 2009.


Ia rendah sedikit daripada anggaran awal pemerintah sebanyak 2.1 peratus, dan juga lebih perlahan daripada 3.3 peratus pada 2014.


MTI juga mengeluarkan angka pertumbuhan bagi tiga bulan terakhir 2015, yang menunjukkan ekonomi berkembang 1.8 peratus pada suku keempat.


Kadar itu rendah daripada anggaran awal pertumbuhan sebanyak 2.0 peratus yang dikeluarkan pada 4 Jan dan sama dengan median ramalan dalam satu tinjauan Reuters ke atas ahli ekonomi.


Prestasi Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) 2015 itu paling lemah sejak 2009, apabila krisis kewangan global menyusut pengeluaran ekonomi sebanyak 0.6 peratus.


Sektor pengilangan menguncup 5.2 peratus tahun lalu, berbanding pertumbuhan 2.7 peratusa pada 2014.


Pertumbuhan sektor perkhidmatan dan binaan juga sederhana tahun lalu.


"Pertumbuhan global bagi keseluruhan 2016 kini dijangka hanya sedikit lebih baik daripada pada 2015," kata MTI.


"Pertumbuhan bagi tahun ini dijangka disokong oleh pengukuhan pertumbuhan dalam ekonomi maju, walaupun keadaan di pasaran baru muncul kekal mencabar."


"Dengan mengambil kira faktor di atas, dan bergantung penzahiran penuh risiko, ekonomi Singapura dijangka berkembang pada kadar sederhana 1.0 hingga 3.0 peratus pada 2016."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >