Ekonomi S'pura tumbuh 4.6% dalam suku ketiga, pertumbuhan tertinggi dalam 3 tahun

Ekonomi Singapura tumbuh 4.6 peratus dalam suku ketiga - bersandar kelakonan sektor perkilangan -  pertumbuhan tertinggi dalam lebih tiga tahun dan lebih baik daripada yang diramalkan.

Menerusi tinjauannya, Bloomberg berkata juruanalisis meramalkan pertumbuhan 3.8 peratus dalam tiga bulan sehingga September, selepas ekonomi tumbuh lebih pesat daripada dijangka - sebanyak 2.9 peratus - dalam suku kedua, disebabkan pertumbuhan eksport dan perkilangan.

Kali terakhir ekonomi menunjukkan kelakonan sebaik ini adalah pada suku pertama 2014, apabila pertumbuhan dari tahun ke tahun mencapai 4.9 peratus, mengulangi kelakonan yang dicapai dalam suku sebelumnya.