Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekspatriat Australia dipecat lepas hina rakyat Singapura di Facebook

Jul 12, 2016 | 10:16 AM



SEORANG lagi penduduk asing terlibat dalam kekecohan media sosial selepas menghina rakyat Singapura di Facebook.

Encik Sonny Truyen, seorang warga Australia yang umurnya tidak diketahui, membuat komen kesat itu hujung minggu lalu, dicetuskan oleh hakikat permainan aplikasi mudah alih Pokemon Go belum terdapat di sini.

Pada Isnin (11 Julai), majikannya, Ketua Eksekutif portal carian hartanah 99.co, Encik Darius Cheung, berkata Encik Truyen, yang "berasa bersalah", telah dipecat. Beliau berkata syarikat itu tetap dengan keputusannya.

"Beliau tahu beliau telah membuat kesilapan dan menyesal, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku," ujar Encik Cheung kepada akhbar The Straits Times. "Kami terpaksa mengambil tindakan sewajarnya."

Portal itu menggajikan Encik Truyen seminggu lalu sebagai perunding pemasaran pakar dalam pengoptimuman enjin carian. Tetapi pada hujung minggu lalu, Encik Truyen membuat beberapa komen sarat kata makian dalam sebuah kumpulan Facebook awam.

Ia meningkat menjadi perang mulut dengan pengguna Facebook Adelene Kong, yang memberitahunya supaya meninggalkan Singapura. Encik Truyen menjawab beliau "berada di sini kerana kekurangan bakat tempatan" dan berkata "penduduk tempatan baca pun tak tahu".

Perbualan mereka dengan cepat menjadi viral, dengan netizen melepaskan perkataan pedas terhadap Encik Truyen dan bekas majikannya.

Encik Cheung berkata beliau dimaklumkan mengenai pos itu Sabtu lalu, dan memutuskan memecat Encik Truyen dengan segera.

Dalam pos panjang di blog 99.co pada Isnin, beliau memohon maaf bagi pihak firma itu.

"Kami bangga menjadi syarikat berprinsip yang merai nilai seperti kepelbagaian dan kesaksamaan," katanya. "Kami mengambil tanggungjawab bagi tingkah laku awam sembarang pekerja atau perunding berkerabat dengan kami sebagai cerminan syarikat ini."

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan pentingnya tidak mengamalkan diskriminasi terhadap warga asing dan "menyebarkan mesej kebencian dan memecah belah" berdasarkan insiden terpencil seperti itu.

"Bagi sebuah negara kecil seperti Singapura, pertumbuhan satu-satunya cara untuk terus hidup dan hakikatnya ialah kita perlu orang asing menyertai kita sebagaimana warga asing seronok menjadi sebahagian daripada kita," katanya.

Ini bukan kali pertama warga asing dimalukan di khalayak awam kerana menyinggung perasaan rakyat Singapura dalam talian.

Pada 2014, seorang warga Britain, Encik Anton Casey, mencetuskan kekecohan dengan memanggil pengguna pengangkutan awam sebagai "orang miskin", dan meninggalkan negara ini ke Australia kerana ancaman yang dibuat terhadap keluarganya.

Pada 2012, warga China Sun Xu menghadapi tindakan disiplin oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) selepas memanggil Singapura "anjing".

Dalam satu kenyataan kepada laman web berita dalam talian Mashable, Encik Truyen menulis: "Ia satu langkah **** bagi pihak saya dan satu silap pertimbangan yang sangat besar untuk melabel seluruh negara secara negatif hanya kerana Pokemon. Saya salah besar kerana marah seperti itu.

Tetapi beliau menambah: "Mengecewakan begitu rupa warga Singapura menyerang saya dan menafikan sembarang peluang untuk menebus kesilapan tindakan saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >