Eksport bukan minyak Singapura merosot semula pada Oktober

EKSPORT domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot semula pada Oktober, apabila pengurangan eksport barangan elektronik mengatasi peningkatan eksport barangan bukan elektronik.

Dari segi perbandingan tahun ke tahun, NODX merosot 0.5 peratus bulan lalu, menterbalikkan peningkatan 0.3 peratus pada bulan September, dan meneruskan kemerosotan pada Julai dan Ogos.

Demikian menurut perangkaan International Enterprise (IE) Singapore yang dikeluarkan pada Selasa (17 Nov).

Bagaimanapun, kemerosotan NODX pada Oktober jauh lebih rendah daripada kemerosotan median 3 peratus yang dijangka oleh penganalisis yang ditinjau Reuters.

Namun, dari segi perbandingan bulan ke bulan ia meningkat 1.1 peratus daripada September.

NODX mencecah $13.8 bilion pada Oktober, lebih tinggi daripada $13.7 bilion pada September.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.