Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eksport bukan minyak S'pura naik mengejut 2.1% pada Februari

Mar 17, 2016 | 02:57 PM



EKSPORT bukan minyak (NODX) Singapura naik tanpa dijangka pada Februari, dengan jualan kedua-dua sektor, elektronik dan bukan elektronik, bertambah.



NODX pada Februari meningkat 2.1 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut laporan International Enterprise (IE) Singapore pada Khamis (17 Mac).



Ahli ekonomi yang ditinjau Reuters menjangka NODX Februari jatuh lebih sederhana sebanyak 2.6 peratus daripada setahun lalu, sambil mengambil perhatian asas eksport lemah pada Februari tahun lepas.



Pada Januari lalu, eksport jatuh 10.1 peratus - buat tiga bulan berturut - dengan jualan ke China, pasaran eksport terbesar Singapura pada 2014, runtuh dan penghantaran ke Amerika Syarikat juga jatuh.



Bagi Februari, IE Singapura berkata penjualan ke semua 10 pasaran utama NODX Singapura, kecuali Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Malaysia, Indonesia dan China, meningkat.



Penyumbang terbesar kepada pengembangan NODX ialah Kesatuan Eropah (EU) 28 (16.1 peratus), Hong Kong (21.9 peratus) dan Jepun (15.1 peratus).



Jualan kepada China susut 1.2 peratus, berbanding kejatuhan 25.2 peratus pada Januari, manakala penghantaran ke Amerika bertambah 4.2 peratus, menterbalikkan kejatuhan 5.1 peratus.



Berdasarkan asas yang dilaraskan mengikut musim (SA), paras NODX mencapai $12.2 bilion pada Februari, lebih rendah daripada $12.7 bilion yang dicatatkan pada Januari.



Berasaskan tahun ke tahun, NODX elektronik meningkat 0.7 peratus pada Februari, berbanding penurunan 0.6 peratus pada Januari.



NODX bukan elektronik pula berkembang 2.7 peratus, berbanding kejatuhan 14.1 peratus pada Januari.



Kebanyakan penganalisis menjangka Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasarnya pada mesyuaratnya akan datang pada April, kecuali berlaku kelembapan lebih tajam di China dan kehilangan pekerjaan semakin tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >