Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elaun $80 lebih tinggi bagi anggota NS mulai Dec

Nov 30, 2015 | 03:11 PM



Anggota Perkhidmatan Negara (NS) akan mendapat elaun bulanan $80 lebih tinggi mulai 1 Disember.


Rekrut NS sepenuh masa akan menikmati kenaikan terbesar, mendapat $560 sebulan, naik daripada $480.


Mereka yang naik pangkat, menjadi, misalnya, leftenan, akan mendapat $1,260 sebulan, naik daripada $1,180.


Selain 40,000 anggota NS sepenuh masa (NSF), 300,000 anggota kerahan NS (NSmen) yang dikerah bagi latihan tahunan dalam kem akan juga mendapat manfaat.


Kenaikan elaun bagi semua askar warga Singapura dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan bermula pada 1 Disember.


Langkah itu diambil lebih setahun selepas satu jawatankuasa peringkat tinggi mengumumkan rancangan meningkatkan pengalaman NS, yang diperkenal pada 1967.


Mindef berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (30 Nov) "elaun pangkat NS, yang menyokong anggota Perkhidmatan Negara kita dalam penjagaan asas peribadi mereka, dikaji semula dari semasa ke semasa".


Kali terakhir elaun bulanan NS dinaikkan ialah pada 2012, sebanyak $60.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >