Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elaun latihan, semakan SkillsFuture antara usaha sokong pekerja bergaji sederhana: DPM Wong

Sep 26, 2023 | 08:33 PM



Pemerintah akan meningkatkan pelaburan dalam pendidikan dan latihan dewasa, termasuk mengukuhkan skim SkillsFuture, sebagai langkah memperkasa pekerja yang berdepan perubahan ekonomi yang pesat lagi bergolak, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Selain menambah nilai kredit SkillsFuture untuk pekerja pertengahan kerjaya, elaun latihan untuk pekerja yang mengambil cuti untuk mengikuti kursus sepenuh masa lebih panjang juga disediakan, di samping menyediakan bimbingan kerjaya dan perkhidmatan pemadanan pekerjaan yang lebih baik.

“Inilah cara kami dalam memajukan kesejahteraan golongan pertengahan di Singapura, dengan memberi mereka sokongan sepenuhnya agar dapat kekal relevan dan berdaya saing dalam kemahiran mereka, dan untuk mengambil pekerjaan baru dan lebih baik dalam syarikat yang lebih produktif sepanjang kerjaya mereka.

“Melalui usaha ini, kami dapat memastikan majoriti rakyat Singapura menikmati peningkatan berterusan dalam pendapatan sebenar dan taraf kehidupan mereka,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap kepada lebih 550 tetamu daripada sektor kewangan dan perniagaan, akademia dan sektor awam di majlis jamuan malam Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) yang diadakan di Fairmont Singapore pada Selasa malam.

Dalam ucapannya, beliau berkongsi beberapa cadangan dan idea daripada latihan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ atau Forward SG yang akan berakhir tidak lama lagi, dan bagaimana pemerintah merancang untuk menangani ketidaksamaan dan mobiliti.


Menurutnya, memandangkan kadar perubahan ekonomi kini lebih pantas, pemerintah sedang menimbang menyediakan bantuan pengangguran melalui sistem SkillsFuture yang akan dirombak bagi pekerja yang menganggur secara tidak sengaja, sesuatu yang telah lama pemerintah bersikap waspada, setelah melihat pengalaman negatif dari negara lain.

“Kami tidak perlu melakukan ini sebagai skim insurans. Sebaliknya, kita boleh mendapat bantuan yang dibiayai oleh pemerintah, bersaiz sesuai, untuk membantu pekerja mengatasi masalah yang mereka hadapi – sambil menyokong mereka untuk meneruskan peningkatan kemahiran dan pencarian pekerjaan mereka, dan kemudian bangkit semula,” kata Encik Wong

Keutamaan pemerintah seterusnya adalah untuk meningkatkan keupayaan keluarga berpendapatan rendah dan merapatkan jurang ketidaksamaan kekayaan, kata Encik Wong.

Salah satu caranya ialah dengan merapatkan jurang gaji antara pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dengan mereka yang mempunyai kelayakan lebih tinggi.

Ini termasuk mengubah semula bentuk pekerjaan, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kemahiran, dan mewujudkan laluan kemajuan yang lebih baik untuk pelajar ITE.

“Terdapat perbezaan yang semakin meningkat antara gaji permulaan graduan dari ITE, dari politeknik, dan dari universiti sejak sedekad lalu.

“Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mengurangkan jurang gaji ini, menggalakkan laluan yang lebih pelbagai dan meningkatkan martabat pekerjaan serta menghormati setiap pekerjaan dan kemahiran,” kata Encik Wong.

Beliau menambah pemerintah juga akan membantu graduan ITE meningkatkan kemahiran mereka dari masa ke semasa melalui pengajian kerja atau diploma sambilan, dan membantu mereka memperoleh kemahiran yang berkaitan dengan industri mereka.

“Apabila mereka berbuat demikian, mereka mendapat laluan kemajuan kerjaya yang lebih baik, dengan peranan pekerjaan yang lebih besar dan gaji yang lebih baik.

“Jadi kami akan melakukan lebih banyak lagi untuk membantu graduan ITE kami dalam perjalanan peningkatan mereka,” kata Encik Wong.

ESS ialah sebuah pertubuhan bukan mencari untung, yang menghimpunkan ahli dari sektor akademik, pemerintah dan perniagaan untuk membincangkan isu ekonomi semasa berkaitan Singapura dan serantau.

Antara yang pernah diundang untuk berucap pada jamuan malam tahunan ESS termasuk Perdana Menteri pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, Presiden Encik Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >