Emas terus berkilau

KEPUTUSAN pungutan suara Britain yang memilih keluar (Brexit) daripada Kesatuan Eropah (EU) menampakkan kesan ke atas pasaran emas di Singapura.

Harga emas melonjak hampir 9 peratus kepada AS$1,360 ($1,842) seauns - harga tertinggi sejak Ogos 2014 - menyaksikan pelabur Singapura dan ekspatriat di sini membeli emas.

"Ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan termasuk nilai mata wang paun yang tidak menentu menyaksikan pelabur perlu beralih kepada pelaburan selamat.

"Ketika ini adalah masa sesuai untuk pelabur beralih daripada pasaran ekuiti kepada logam berharga yang ternyata terlindung daripada risiko ekonomi iaitu emas," ujar Pengarah Urusan Degussa Precious Metals Asia Pte Ltd, Encik Michael Kempinski.

Pengarah Golden Chance, Encik Hasan Marican, yang mempunyai kedai emas di Tanjong Katong Complex, pula berkata ketika Brexit diumumkan harga runcit emas naik daripada antara $61 dengan $62 bagi satu gram kepada $63.50 satu gram - kenaikan 3 peratus.

Kedai emas di Little India turut merasakan kesannya dengan menyaksikan pelanggan mula mengelak daripada membeli emas.

"Mereka bukan pelabur tetapi hanya pembeli biasa yang membeli emas sebagai perhiasan kecantikan.

"Jadi apabila harga naik, kami berasa kesannya,'' kata pemilik kedai emas Ani Mani Porchalai, Encik Subbiahramu.

Namun, harga satu gram emas berbeza di beberapa kawasan seperti di kawasan Little India harga satu gram sebelum Brexit sekitar $58 dan kini naik kepada $61.50.

Di kawasan Geylang, ada kedai emas pula meletakkan harga $65 bagi satu gram.

Pengurus Besar Ming Seng Goldsmith, Cik Angela Lew, berkata:

"Jualan Hari Raya menggalakkan. Bagaimanapun, disebabkan peningkatan harga emas runcit minggu lalu, jualan telah terjejas sedikit kerana pelanggan lebih berhemat dalam perbelanjaan barang kemas mereka."

Pengarah Pengurusan Harta Financial Alliance, Encik Sani Hamid, berkata risiko geopolitik yang berterusan dijangka mendorong harga emas naik kepada antara AS$1,500 dengan AS$1,600 seauns pada bulan-bulan akan datang.


ORANG TERKAYA DUNIA CATAT KERUGIAN AS$196.2 BILION SEJAK BREXIT

Nilai portfolio pelaburan merosot akibat pasaran saham terjejas

NILAI £ MENJUNAM

1 PAUN STERLING = $1.80

PENARAFAN KREDIT BRITAIN DITURUNKAN

Standard & Poor dan Fitch Ratings mengurangkan penarafan pinjaman Britain - bermakna pinjaman di Britain punya risiko lebih tinggi

BELI-BELAH DALAM TALIAN BARANGAN BRITAIN RANCAK

Harga barangan di Britain lebih rendah akibat nilai mata wang paun lebih rendah

MINAT PELANCONG KE BRITAIN MENINGKAT

Pakej pelancongan ke Britain kini lebih murah

HARTANAH DI BRITAIN LEBIH MENARIK

Hartanah Britain kini lebih murah akibat nilai paun yang lemah

Berita lanjut:

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 85
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.