PENSYARAH Kanan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Suriani Suratman, dilantik sebagai anggota baru Lembaga Warisan Negara (NHB) mulai bulan ini.
Beliau, yang juga anggota lembaga pengarah bagi pelbagai pertubuhan termasuk Yayasan Warisan Melayu dan Galeri Nasional Singapura, akan duduk dalam NHB selama dua tahun.