Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat bekas pegawai imigresen dituduh rasuah

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Jan 09, 2014 | 10:31 AM



EMPAT bekas pegawai dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini dituduh menerima rasuah bagi permohonan Visa Lawatan oleh warga asing agar mereka dapat berada lebih lama di sini.


Keempat-empat mereka - Ezhar Kamis, 25 tahun, Lukmanulhakim Samsun, 29 tahun, Mohamed Nazrul Noor Mohamed, 34 tahun, dan Nor Hidayat Mohamed Hussain, 26 tahun - merupakan pegawai ICA yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Tuas.


Antara tugas mereka termasuklah membuat penilaian sama ada warga asing memenuhi kelayakan untuk memasuki republik ini, dan meluluskan Pas Lawatan kepada pengunjung untuk satu tempoh untuk berada di Singapura.


Kesemua mereka tidak lagi bersama ICA.


Dalam kenyataannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan, siasatan mereka mendapati keempat-empat yang didakwa tumbuk rusuk itu telah ditarik oleh seorang bekas pegawai ICA, Mohammed Mustaffa Mohabat Ali, bagi membantunya memberikan Pas Lawatan untuk memanjangkan tempoh keberadaan wanita asing dengan wang sebagai habuan.


Keempat-empat tertuduh menerima antara $50 dan $100 kerana memainkan peranan masing-masing.


Mustaffa telah dipenjara 21 bulan dan diarah membayar denda sebanyak $8,050 pada 9 Disember 2013 kerana memberi dan menerima rasuah.


Kes bagi keempat-empat tertuduh akan didengar lagi bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >