Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat bekas teknisyen Singapore Power dituduh terima rasuah

Nov 26, 2015 | 02:48 PM



EMPAT bekas teknisyen Singapore Power didakwa pada Khamis (26 Nov) menerima rasuah daripada sebuah anak syarikat serantau sebuah syarikat binaan Cina.


Mohd Kutty Hassan, 62 tahun, Jasman Tiron, 55 tahun, Mohamad Suffiandi Mohamad Suhaimi, 30 tahun, dan Muhamad Ridhuan Ramli, 33 tahun, dituduh menerima antara $50 dan $450.


Sogokan itu berkaitan pemeriksaan SP Powergrid dan SP Services ke atas pemasangan papan elektrik China Construction South Pacific Development (CCSP) di tiga lokasi.


SP Powergrid dan SP Services anak syarikat Singapore Power.


CCSP sebuah anak syarikat serantau China State Construction Engineering, salah satu syarikat binaan terbesar di dunia.


Satu persidangan sebelum perbicaraan bagi Kutty, yang menghadapi satu tuduhan menerima rasuah $50 tahun lepas, ditetapkan pada 21 Disember.


Kutty didakwa menerima rasuah daripada seorang pekerja CCSP, Encik Aung Myat Wynn, sebagai ganjaran tidak menyusahkan CCSP dalam pemeriksaan Ridhuan ke atas pemasangan papan elektriknya di Blok 667A, Punggol Drive.


Jasman, Suffiandi dan Ridhuan, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah mereka mahu mengaku bersalah. Kes mereka akan didengar lagi pada 10 Disember.


Jasman menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah $100.


Suffiandi dan Ridhuan masing-masing menghadapi satu tuduhan menerima ganjaran $200 dan dorongan $450.


Jurucakap Singapore Power berkata ia menjalankan siasatan dalaman selepas menerima aduan terhadap empat pekerja itu, dan kemudian merujuk kes tersebut kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).


Mereka meletak jawatan atau dipecat oleh syarikat itu antara April dan September lalu.


Jika sabit kesalahan, mereka menghadapi hukuman penjara hingga lima tahun, denda hingga $100,000, atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >