Empat cedera dalam nahas trafik libatkan bas, lori bawa pasir dan treler

EMPAT orang cedera selepas sebuah bas SBS Transit, lori membawa pasir dan sebuah treler berlanggar antara satu sama lain pagi tadi, Selasa.

Polis berkata, pemandu bas, dua penumpang bas dan pemandu treler telah dikerjarkan ke Hospital Khoo Teck Puat tetapi mereka berada dalam keadaan sedar.

Bagaimanapun, pemandu-pemandu itu perlu dikeluarkan daripada kenderaan mereka menggunakan alat menyelamat hidraulik oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Usaha tersebut mengambil masa sejam.

Polis berkata, kemalangan itu berlaku di Ekspreswe Seletar menuju ke Ekspreswe Bukit Timah dekat jalan susur keluar Yishun.

Pihak polis dan SCDF menerima panggilan mengenai nahas tersebut sekitar 10.20 pagi.

Keadaan trafik yang sesak di kawasan itu mengambil sekurang-kurangnya tiga jam untuk reda selepas kemalangan itu berlaku.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.