Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat jurujual syarikat penjual telefon Mobile Air mengaku salah

Oct 02, 2015 | 11:54 AM



Empat jurujual kedai telefon bimbit di Sim Lim Square yang membuat seorang warga Vietnam melutut merayu agar dipulangkan wangnya, mengaku bersalah pada Khamis (1 Oktober) terlibat dalam satu pakatan untuk menipu pelanggan.


Mereka - Koh Guan Seng, 38 tahun; Kam Kok Keong, 31 tahun; Lim Hong Ching, 34 tahun; dan Kelvin Lim Zhi Wei, 32 tahun - menghadapi antara satu hingga 15 tuduhan setiap seorang.


Koh menipu wang sebanyak $9,789; Kam $5,310; Lim $1,600; dan Kelvin $330.


Mereka bekerja untuk Jover Chew Chiew Loon, 33 tahun, pengarah Mobile Air, syarikat yang tidak beroperasi lagi, di Sim Lim Square tahun lepas.


Kes Chew akan disebut pada 28 Oktober


Mahkamah diberitahu bahawa Chew mengendalikan kedai itu secara peribadi, mengawal harga peranti mudah alih dan memberi arahan terperinci kepada jurujualnya tentang cara menjalankan jualan.


Kedai itu menawarkan peranti mudah alih pada harga di bawah "harga kos" tetapi apabila pelanggan sudah menandatangani untuk membelinya, akan menambah pelbagai perkara lain, seperti waranti dan 'pakej dalaman', hingga harganya menjadi tinggi.


Cara itu direka Chew.


Dalam penghujahan bagi hukuman, pihak pendakwaan berkata ia kes menipu tanpa rasa malu dan sangat mengejutkan.


Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara empat hingga lima bulan bagi setiap tuduhan.


Hakim Daerah Toh Yung Cheong menangguhkan kes itu ke 14 Oktober untuk peguambela membalas penghujahan pendakwaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >