Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat menteri negara dinaikkan pangkat jadi menteri negara kanan

Apr 27, 2017 | 05:10 PM



EMPAT menteri negara akan dinaikkan pangkat menjadi menteri negara kanan dalam satu rombakan Kabinet yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.



Mereka yang dinaikkan pangkat itu adalah Dr Lam Pin Min (Kesihatan); Dr Janil Puthucheary (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan); Dr Koh Poh Koon (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara); dan Encik Chee Hong Tat (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan).



Mereka akan memulakan jawatan baru itu berkuatkuasa 1 Mei ini.



Keempat mereka akan terus berkhidmat dalam kementerian masing-masing.



Dr Lam juga dilantik sebagai Menteri Negara Kanan (Pengangkutan).



Dalam pada itu, Setiausaha Parlimen, Cik Low Yen Ling (Pendidikan merangkap Perdagangan dan Perusahaan) dan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), akan dinaikkan pangkat menjadi setiausaha parlimen kanan.



Kededuanya juga akan terus berkhidmat dalam kementerian masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >