CIK Yahida Yahya menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu di kelas sebagai salah satu kaedah untuk menanam minat bahasa Melayu dalam diri pelajar.
"Dalam lagu selalunya terdapat bunga-bunga bahasa, kata-kata sebutan yang manis dan lemah-lembut. Selain daripada memahami bentuk-bentuk kata-kata itu, mereka dapat belajar nilai-nilai dalam budaya kita," ujar Cik Yahida, 49 tahun, yang mempunyai 20 tahun pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Yusof Ishak.