Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam ditangkap, dadah bernilai lebih $418,000 dirampas

Apr 15, 2016 | 02:16 PM



ENAM warga Singapura ditangkap kerana kesalahan dadah selepas sebuah kereta berdaftar di Singapura ditahan pegawai Penguasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen (ICA) bagi pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi Khamis (14 April).



Semasa menjalankan pemeriksaan, pegawai mendapati empat blok ganja seberat kira-kira empat kg dan satu ikat Ice seberat kira-kira 310g, kata ICA dalam satu kenyataan bersama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Jumaat.



Pemandu kereta itu, seorang lelaki Singapura berusia 25 tahun, dan bahan bukti yang dirampas dirujuk kepada CNB bagi siasatan lanjut.



Hasil siasatan susulan, pegawai CNB menangkap tiga suspek pengedar - dua lelaki Singapura berusia 25 dan 26 tahun dan seorang wanita Singapura berumur 26 tahun - dan dua suspek penagih - dua lelaki Singapura berusia 24 dan 32 tahun.



Pelbagai dadah dirampas daripada operasi susulan, termasuk kira-kira 2.1kg ganja, 380g Ice, 152 pil Ecstasy, 102 pil Erimin-5 dan 18g heroin.



Keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggar bernilai lebih $418,000, kata ICA dan CNB.



Siasatan ke dalam kegiatan dadah semua suspek yang ditangkap sedang berjalan.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, mereka yang disabitkan mengedar lebih 500g ganja dan lebih 250g methamphetamine, atau Ice, menghadapi hukuman mati.



Dalam kenyataan mereka, ICA dan CNB berkata sempadan Singapura barisan pertahanan pertama negara ini dalam menjaga keselamatan tanah air, dan pemeriksaan keselamatan penting demi keselamatan negara.



"Agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di tempat pemeriksaan bagi menghalang percubaan menyeludup orang, dadah, senjata, bahan letupan dan kontraban lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >