SEBANYAK enam syarikat tersenarai Singapura telah diiktiraf dalam 200 syarikat terbaik Asia Pasifik yang mempunyai penjualan kurang AS$1 bilion ($1.36 bilion) tahun ini oleh Forbes.
Syarikat Bursa Singapura (SGX) mengetuai senarai syarikat Singapura itu setelah mencatatkan penjualan AS$666 juta dan keuntungan bersih AS$286 juta, menurut kenyataan Forbes semalam.